Sepanjang tiga haripertandingan SEMSAStelah berjayamenduduki tempat kedua katogari perempuan di belakang SMK Tanjung Lumpur yang memperoleh 8 pIngat Emas.Berbekal semangat juang yang tinggi Pasukan PerempuanSEMSAS telah berjaya meraih 7 pingat Emas, 3 Perak dan 3 Gangsasetelah beberapa tahun ketandusan pingat sejak kebelakangan ini.
Memandang rata-rata pemenang pingat emas terdiri daripada pesertatingkatan Dua, Tiga dan Empat pasukan ini masih berpeluang untuk meraih pingat yang lebih banyak sekiranyaperancangan yang berkesan dibuat. Bagi meningkatkan prestasi pasukan olahraga SEMSAS, pasukan ini akan terus menjalani latihan sepanjangtahun secara sistematikdan akan dibantu oleh Jurulatih luar. Latihan akan diadakan 2 kali seminggubertempat di Stadium Darulmakmur Kuantan.Guru-guru penasihat akan mengiringi pasukan setiap kali latihan diadakan secara bergilir-gilir.
Diharapkan Pasukan Olahraga SEMSAS mampu mencabar pasukan-pasukan lain di masa hadapan sepertimana SEMSAS unggul dan disegani pada Tahun 80an hingga 90an.